Sunday, June 29, 2008

AYU

AYU - the painting
AYU - the poem

Dalam kejemuan membalik-balik
lembaran hidupku
terasa jejari lembutmu
menyentuh tanganku
lalu tampak raut senyummu
suatu misteri
yang menyentuh
jiwa halus dan
terangsang ini.

Kau bebayang asyik kupandang
dan setiap kali ilham menggoda
akan kutempuhi keujudanmu
jua kubilang kehadiranmu
Kerana tahu
panggilan lirik wajahmu
cuma tiba di pekan kesedaran
kata-kata janji manismu.

Kini kita bicara
pada suatu momen manis
seribu keindahan
yang mendesak penjelasan
pada fikiran yang memendam
rasa cinta buatmu.

Selagi aku menggapai
erti senyummu itu
akan kukejar ke sudut waktu
rela kutunggui kehadiranmu
walau sesaat mendetik datang
pada jiwa ini
ia sepanjang musim kebahagian.


MOOD, 29 Jun '08
Laman Kambatik, Bintulu.


No comments: